Special Review #2 : bazarshop2u.com

April 14, 2010 by Portalis  
Filed under Portalniaga.com, Special Review!

Assalamualaikum w.b.t semua!

Ok, saya telah mengunjungi http://www.bazarshop2u.com/ sebentar tadi dan berikut adalah ‘Special Review’ untuk pemilik laman tersebut :

1. Kelancaran Sistem
1st log dengan kepantasan halaman dipaparkan dalam tempoh ’0.0894501209259 sec.’ bagi saya adalah terlalu pantas dan pastinya pelanggan tidak akan ke mana-mana kerana 1st impression mereka iaitu sebuah laman web yang lancar dan laju paparan setiap elemen yang terkandung di dalamnya. Hal ini adalah kerana penggunaan grafik dan widget yang tidak berat pada halaman utama. Selain dari menggunakan shopping cart, kita sedia maklum dengan menggunakan sistem ini sesuatu urusan jual beli secara online semestinya akan berjalan lancar! Tahniah!

2. Grafik/Animasi/Template
Penggunaan grafik di laman web niaga ini juga saya dapati susunan banner yang kemas dan semestinya pemilik mempunyai kemahiran dalam menggunakan Adobe Photoshop dalam memastikan setiap banner yang dihasilkan dalam keadaan kombinasi warna yang ceria dan menarik. Selain daripada itu, pemiliki juga adalah seorang yang kreatif dengan mewujudkan ruangan iklan banner pada bahagian ‘header’ dan juga dengan harga yang berpatutan. Semestinya ianya akan membantu bukan sahaja pemilik laman, mungkin juga pesaing yang menjual produk/perkhidmatan yang sama dan ini sudah cukup membuktikan bahawa peniaga-peniaga online sedia bersatu saling membantu antara satu sama lain. Dengan meletakkan produk utama di muka depan sudah mampu memberi gambaran awal tentang produk yang dijual dan susun atur kategori yang kemas.

3. Trafik
Dengan merujuk kepada SEO, saya mendapati laman web anda mempunyai 31,800 rangkaian yang menghubungkan dunia ke laman web anda. Oleh yang demikian, saya yakin bahawa laman web anda mempunyai jumlah kunjungan yang ramai setiap hati. Selain daripada itu, dengan mencuba mencari ‘kain ela retro’ saya mendapati laman web anda menduduki tempat #1 dalam kedudukan dan #2 bagi ‘Herbal Balm Afiat’. Anda telah memonopoli enjin pencarian dalam pennjualan produk ini, bagi produk lain persaingan adalah tinggi untuk mendapat kedudukan #1 adalah bergantung keaktifan produk tersebut (komen,interaksi) yang akan menyebabkan enjin pencarian letakkan ianya di tempat #1 berbanding yang lain.

4. Profesionalisma
Melihat kepada beberapa halaman penting, kesungguhan untuk berniaga secara online itu jelas kelihatan apabila pemilik ada menyertakan butiran bayaran, maklumat untuk dihubungi dan borang maklumbalas yang sempurna.

Melihat kepada halaman ‘Track.No’ pula saya yakin halaman ini adalah satu halaman yang akan memberi/menambahkan keyakinan pembeli untuk berurusan dengan anda kerana berdasarkan track.no yang tersusun membuktikan bahawa anda adalah peniaga yang sentiasa bekerja keras memastikan setiap jualan sampai ke tangan pembeli. Selain itu, anda juga membantu pembeli menyemak dengan pos malaysia berkaitan kurier.

5. Page Rank

Free PageRank Checker

Page Rank anda pada tahap 2/10 adalah satu perkembangan baik, teruskan mendapatkan trafik tertinggi dengan menawarkan sesuatu yang hebat di laman web anda, sesuatu yang PERCUMA! itu walaupun sedikit tapi dapat menyumbang trafik yang hebat.. (info awal dalam bentuk e-book, kit percubaan, pengetahuan dll)

Manakala nilai bagi online store anda ialah :

semasa disemak adalah bersamaan dengan RM805 dan jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa.

6. % Potensi membeli.

Saya berkunjung dengan mewakili sebagai seorang pembeli, saya yakin 100% untuk membeli di laman web anda. Tahniah!

Sekiranya review ini berguna kepada anda, sila letakkan kod di bawah di dalam laman web anda sebagai sokongan terhadap usaha ini.


Terima Kasih.

Mungkin anda turut meminati :

Hari Keluarga : Lebih meriah tanpa KERAoke!
Special Review #1 : sgrengassongket
Awas jangan tertipu!!
Bersanding itu HARAM?
Rutin harianku pabila online?
  • Brooke Fraser

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin